KERJA RUMAH

TINGKATAN ENAM - Bahasa Melayu Kertas 2

Home

JAWAB SEMUA SOALAN DALAM RUANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAWAH, PASTIKAN ANDA MENGIKUT URUTAN NOMBOR YANG BETUL.

SOALAN BARU

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan buat pembetulan.

1.  Tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, penyakit jantung koronari kini menjadi penyakit dalam kehidupan manusia yang paling ditakuti.

2.  Penyakit jantung ini bukan lagi menjadi pembunuh misteri.

3.  Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, obesiti, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina dan proses penuaan ialah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.

4.  Pakar Perunding Kardiologi di Hospital Pakar Puteri Johor Baharu, Dr. Yap Sau Peng, berkata bahawa pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung menjadi penyumbang utama penyakit jantung koronari.

5.  Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun lamanya sehinggalah gejalanya dialami.

6.  Justeru, penyakit ini harus dibendung daripada aspek pencegahan yang merangkum gaya hidup sihat, makanan seimbang, senaman, dan sebagainya.

Nama Pelajar:
Tingkatan:
Jawapan 1:
Jawapan 2:
Jawapan 3:
Jawapan 4:
Jawapan 5
Jawapan 6
  

SOALAN KARANGAN:
 
Hasrat kerajaan membenarkan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam bidang sains dan teknologi menimbulkan pelbagai reaksi.
Sesetengah pihak mendakwa tindakan itu akan mengancam kedudukan bahasa Melayu.  Tambahan pula, bahasa kebangsaan kita sedang menghadapi cabaran daripada bahasa Inggeris kerana rakyat Malaysia lebih mementingkan bahasa Inggeris. Bincangkan.
 
( Jawapan hendaklah dihantar pada hari pertama sekolah dibuka )

KEMBALI KE LAMAN WEB SMK KENINGAU II

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II, Peti Surat 1994, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia.